Portal Rasmi Pra-U

Permohonan Baru Rayuan Ke Tingakatn Enam
Kemaskini Permohonan Rayuan Ke Tingakatn Enam

PANDUAN RAYUAN KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM TAHUN 2016
1. Murid perlu mengisi maklumat yang diperlukan dan MENCETAK borang rayuan (T6BKK) tersebut.
2. Borang T6BKK hendaklah disertakan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut :
i). Keputusan Peperiksaan SPM 2014
ii). Sijil Kelahiran.
iii). Kad Pengenalan / Passport.
iv). Sijil Berhenti Sekolah; dan
v). Dokumen-dokumen lain yang berkenaan.
3. Borang ini hendaklah dikembalikan kepada Pengetua sekolah asal. Pengetua sekolah bertanggungjawab mengemukakan semua borang rayuan murid kepada Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Menengah Teknik)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.
4. Tarikh tutup rayuan ialah pada 4 Jun 2016. Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.
5. Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut :
i). Lulus dalam peperiksaan SPM 2016 dengan memperolehi pencapaian akademik yang telah ditetapkan dan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum ;
ii). Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain (kecuali murid-murid berkeperluan khas) ;
iii). Tidak melebihi had umur yang ditetapkan iaitu tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang 17 tahun pada 01 Januari 2016 ; dan
iv). Mendapat sokongan daripada pengetua sekolah asal/mana-mana sekolah menengah berhampiran dan perakuan rekod disiplin yang baik
6. Kelulusan permohonan rayuan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar dan akan dimaklumkan oleh JPN masing-masing.
7. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak


RAYUAN CALON SEKOLAH UNTUK MEMASUKI TINGKATAN ENAM TAHUN 2016 BERDASARKAN KELONGGARAN ATAS PENGLIBATAN KOKURIKULUM KEPUTUSAN DAN PENEMPATAN OLEH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
1. Calon sekolah yang tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam Tahun 2016 boleh membuat rayuan secara online mulai 5 Mei 2016 sehingga 4 Jun 2016.
2. Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2016.
3. Mendapat sokongan penuh daripada pengetua sekolah di mana murid mengambil peperiksaan SPM/sekolah menengah yang berhampiran, termasuk perakuan rekod disiplin yang baik.
4. Kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri tertakluk kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.
5. Semua rayuan yang diterima lewat daripada 4 Jun 2016 tidak akan dipertimbangkan.



Jumlah Permohonan Rayuan : 31 orang
Pertanyaan Sila Hubungi:

Pegawai Pendidikan Daerah Kluang
U:P En. Mohamad Mazlan Bin Husin
Unit Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Kluang
2755 Jalan Sentosa 86000 Kluang, Johor
No Telefon: 07-7722946    No. Fax: 07-7722540    Email: mazlan.husin@moe.gov.my
http://www.ppdkluang.edu.my/eTingkatan6/
Tarikh tutup permohonan ialah pada 4 Jun 2016. Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan